Antara ilmu dan harta, mana yang lebih
penting…..kalau ditanyakan soalan ni pada orang ramai, saya yakin mesti ada
macam2 jawapan….
#Ilmu adalah pusaka yang ditinggalkn oleh
para nabi untuk umat-umatnya, sedangkan harta adalah pusaka Qarun dan
Firaun…kenapa ilmu yg ditinggalkan oleh para nabi bukan harta?? Kerana ilmu
penting untuk kita mengenal pencipta alam ini dan para nabi serta menjadi hamba
yang taat…mungkin harta akan melalaikan kita dari mengingati Allah…
#Ilmu akan menjaga kita, tetapi harta, kita
yang perlu menjaganya…ilmu memandu kita ke jalan yang lurus, melakukan amar
makruf nahi mungkar kerana takut akan azab Allah…tapi harta, kita yang perlu peliharanya, gunakan nya
dengan jimat cermat dn sebagainya…
#Harta apabila kita keluarkan atau kita
gunakannya untuk tujuan sekali pun, ia akan berkurang dn akhirnya habis, tapi
ilmu semakin banyak kita keluarkan maksudnya mengajarkan dan sampaikn pada
orang lain..ilmu akan semakin bertambah….
#Orang yang mempunyai ilmu yang banyak akan
berasa tenang kerana tak ade orang yang boleh mencurinya, tapi orang memiliki
harta yang banyak akan resah dan gelisah akan dicuri orang…
#Ilmu akan kekal bersama tuannya, tap harta
boleh musnah pada bila2 mase tanpa kita duga….
#Kita tuntut ilmu untuk tambah bekalan kita
untuk hari akhirat kelak…tapi harta untuk bekalan hidup di dunia semata…
Akhir kata, kepada diri ini juga kepada
sume yang bce coretan ini,, berjuanglah untuk tuntut ilmu lebih dari mengejar
harta…tapi jika Allah telah kurniakn kita harta yang banyak, syukuri nikmatnya
dan gunakan ia untuk menuntut ilmu, bersedekah dan membantu orang yang memerlukan…kerana 3 bekalan kita dalam alam barzah, ilmu yang bermanfaat, anak
yang soleh dan amal jariah…..wallahu a’alam….
No comments:
Post a Comment