Bagaimana reaksi kita
apabila menerima sesuatu yang sangat berharga bagi kita dari seseorang?? Tentunya
kita menerima dengan hati yang sangat gembira, menerima dengan sopan santun,
mengucapkan terima kasih dan akan menjaga hadiah tersebut dengan sebaiknya…
Maka begitu jua la apabila
kita berhadapan dengan ilmu…apabila kita menuntut ilmu…
Ramai para alim ulamak termasyur
dengan tahap keilmuannya yang tinggi ia adalah kerana mereka amat menjaga adab2
menuntut ilmu..amat menyintai ilmu
Antara adab2 yang perlu
kita ambil perhatian ialah…
1) Sudah tentunya betulkan
NIAT HANYA KERANA ALLAH…menuntut ilmu bukan kerana keduniaan seperti pekerjaan,
pangkat @ untuk berbangga diri…
2) Bersihkan diri- bermiswak,
berwuduk sebelum memulakan pembelajaran @sebelum memasuki majlis ilmu..
3) Mulakan dengan berdoa
kepada Allah agar dimudahkan utk menuntut
ilmu dn diberi kefahaman yg baik..mulakan dengan basmalah…
4) Bersungguh-sungguh dan
menunjukan rase CINTA kepada ilmu yg dipelajari.
5) Amalkan sifat sabar dan
hormati guru dn tidak melakukan sesuatu yg boleh menimbulkan kemarahan
@menyinggung perasaan nya..
Keberkatan
ilmu juga terletak pada cara kita berhadapan dengan guru kita…
6) Bukan hormat pada guru
semata, malah juga kepada buku2…tidak boleh memijak, melangkah, duduk di
atasnya, mengoyak, @ meletakkannya di merata tempat..tanpa mengendahkan
keselamatan buku pelajaran…
7) Perlu bertanya jika ada
pelajaran yang tidak faham atau kurang jelas..kerana
malu bertanya boleh sesat jalan…
8) Dan akhir sekali…perlu
beramal dengan ilmu yang kita miliki…dan menyampaikan pada orang lain….
Insyallah dengan menjaga
adab2 menuntut ilmu, kita semua dimudahan dalam memahami, mengingati dan
beramal dengan ilmu tersebut…...AMIN YA RABB…
No comments:
Post a Comment