Kita sebagai hamba Allah yang lemah tidak lari
daripada ujian dan cabaran dlm menunaikan perintah dn meninggalkan larangan Nya…sama
ada kerana godaan syaitan laknatullah @godaan nafsu kita sendiri…
Begitu juga dlm menuntut ilmu tentunya ada cabaran yg
perlu kita lalui…kat sini saya ingin kongsikn sikit halangan yg biasa kite hadapi
dalam menuntut ilmu…
Antaranya, terpesong niat..maksudnya, tujuan utama
kita menuntut ilmu ialah utk mendapatkan keredhaan Allah dan membantu dlm
menyebarkan syiar agama…tetapi menjadi musykil apabila niat bertukar…menuntut
ilmu untuk mendapatkan sijil, perkerjaan yg baik semata-mata….perkara ini perlu
diambil perhatian oleh kita semua..(pertamanya nasihat utk diri sendiri
seterusnya utk kwn2 sume…
Timbul perasaan seolah-olah ilmu yg dimiliki sudah
memadai…sedangkan menuntut ilmu (طلب العلم من المهد إلى اللحد)= menuntut ilmu bermula dari buaiyan hingga ke liang
lahat(hujung nyawa)…menimba ilmu ialah suatu yg berterusan, tdk bermakna
tamat pengajian di universiti maka tamat riwayat menuntut ilmu…
Atau sama juga kekadang timbul perasaan TAKABBUR
(sombong) dengan ilmu yang dimiliki…merasakan dirinya terlalu alim dan tidak
ada yg lebih bijak darinya…sifat mazmumah yg sangat2 perlu kita jauhi…
# tambahan…bila kita kaya kene lihat org yg berada
bawah kita (org miskin) agar kita boleh membantu mereka,,dn tidak memandang org
yg beradaatas kita (org kaya).. kerana ia mengundang perasaan cintakan
harta dn akan usaha untk mencapai tahap org kaya td…
#Sebaliknya, jika kita ada ilmu, kene lihat org atas
kita (para alim ulamak) agar timbul rasa cinta kn ilmu dn cuba utk jadi seperti
mereka…dn tidak memandang org bawah kita(org biasa) krn boleh menyebabkan rse
ckup dengn ilmu yg kita ade…melainkan memandang mereka utk dibantu….
Selain itu, rasa malas dan bosan utk hadiri kuliah2
agama atau program2 yg mnedidik rohani…dan malas dn bosan adalah satu penyakit,,,maka
kita perlu cari cara utk mengubatinya…iaitu kuatkn semangat, sentiasa berdoa
kpd Allah untuk dijauhkn drp 2 sifat itu dan bergaul dengan orang2 yang rajin
dlm menutut ilmu utk mendapatkan aura sifat rajin tu…
Tidak beramal dengan ilmu yg ada…ia boleh menyebabkan
hilang keberkatan ilmu..kita perlu berusaha utk beramal dengan ilmu yg kita ada
dn menyampaikan pd org lain utk same2 dapat manfaat darinya…
Ada pula yg rase rendah diri kerana lemah dalam hafalan
atau susah utk memahami pelajaran…nasihat utk diri ini & kwan2…rasa rendah
diri atau putus asa akan menjadi halangan utk kita berjaya seperti org lain…maka,
pertama sekali kita kene terus berusaha dn berdoa kpd Allah aagr dimudahkan dalam
menuntut ilmu dn mungkin boleh meminta nasihat dr pensyarah tips belajar
berkesan....
Dan akhir kata, jauhi dari sifat suka menangguh…kerana
akan menyebabkan kita tidak dapat merasakan manis ilmu…
No comments:
Post a Comment