Friday, May 31, 2013

KELEBIHAN ORANG YANG BERILMU & MENCARI ILMU

ANTARANYA:

  •  Daripada Abu Darda’ r.a, bahawasanya belia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “sesiapa yg berjalan semata-mata ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menunutut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yg mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yg ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada di dalam air. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskn dinar(wang) tidak juga dirham, yg mereka tinggalkn hanyalah ilmu, dan barang siapa yg menuntut ilmu itu, maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagian yg paling banyak.”   (HR Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majjah, dan Ibnu Hibban)
Melalui hadis ini, dapat kita fahami bahawa, orang yg menuntut ilmu, yg mengajarkan ilmu dan yg permudahkan org lain utk menuntut ilmu,cth dengan wang dan sebagainya...insyallah akan memperoleh pahala dan fadhilah yg besar di sisi Allah....jika semuanya ikhlas kerana Allah....
  •  Daripada Abu Amamah a.r berkata: “Telah disebut di sisi Rasulullah SAW dua orang lelaki . pertama org abid (ahli ibadat) dan kedua org alim. Maka Rasulullua SAW bersabda: “Kelebihan orang alim atas  org yg abid seprti kelebihan ku atas yg paling rendah daripadamu”. (HR Riwayat at-Tirmizi)
Berdasarkan hadis di atas dpt kita ketahui kelebihan org alim jika dibandingkn dgn seorg yg kuat beribadah tp kurang ilmunya...


  •   Daripada Anas r.a berkata : sabda Rasulullah SAW: “barang siapa keluar mencari ilmu, maka ia sebenarnya berjihad di jln Allah sehingga dia kembali”.... 
 
Perjuangan kita dalam menuntut ilmu sama seperti berjuang di medan perang...tinggi sekali kelebihan org yg menuntut ilmu....
 
 Maka ayuh kita bersungguh-sungguh dlm perjuangn ini...agar kita juga memperolah kelebihan2 yg disebutkan dalam hadis2 ini...Insyallah....




No comments:

Post a Comment