Friday, May 31, 2013

UCAPAN @ KATA-KATA HIKMAH TENTANG ILMU…

Dari al-Quran:

©     Allah mengangkat orang-orang beriman di antara kamu dan juga orang-orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan hingga beberapa darjat…(al-Mujadalah: 11)
Dari Ali bin Abi Talib:
©     Ilmu lebih utama daripada harta. Sebab limu warisan para nabi adapun harta adlah warisan Qarun dan Firaun. Ilmu lebih utama dari harta kerana ilmu menjaga kamu, kalau harta, kamu lah yang menjaganya…
Imam as-Syafie:
©“Menuntut ilmu lebih baik daripada solat sunnat.” Belaiu juga berkata, “barang siapa yang menginginkan dunia, maka kuasailah ilmu. Dan barang   siapa yang menginginkan akhirat, maka kuasailah ilmu….” (Riwayat an-Nawawi)

©  “Janganlah engkau tinggal di satu negeri yang di dalamnya tiada seorang pun yang alim yang mengajarkan ilmu agamamu dan seorang doktor yang memberitahu keadaan dirimu”….(Riwayat ar-Rabi’ bin Sulaiman)

©  “Setiap kali aku berjumpa ahli hadis, seolah-olah aku sedang melihat Nabi SAW.”….. (Riwayat Ibnu Abdil Hakam)
Dari Ibnu Mas’ud r.a
©     Hendaklah kamu semua mengusahakn ilmu pengetahuan itu sebelum dilenyapkan. Lenyapnya ilmu pengetahuan ialah dengan matinya orang-orang yang memberikan @mengajarkannya. Seorang itu tidaklah dilahirkan langsung pandai, jadi ilmu pengetahuan itu pastilah harus dengan belajar….


klik di sini untuk mendengar nasyid:KEMBARA ILMU....*SUHAIMI.....


Daripada kata2 ini memberi satu semangat kepada saya secara peribadi dan saya yakin juga kdp yg membaca kata2 ni akan turut sama sebagaimana yg sy rasakan…
Memiliki ilmu agama ilmu sangat penting…dengan ilmu lah kita boleh mendekatkan diri kepada Allah…dan membantu rohani kita dari yang tak baik kpd yg baik @ yg baik kpd yg lebih baik….
Maka,jom mulai saat ni,,,kita sume berusaha gigih untuk menyelami ilmu2 agama dengan sabar mengharungi segala cabaran & ujian mungkin akan kita hadapi dalam mujahadah kita ini….
Dan penting sentiasa berdoa kpd Allah agar dipermudahkan untk menimba ilmu dan menjauhi kita dari ilmu2 yang tidak bermanfaat…..INSYALLAH…..

KELEBIHAN ORANG YANG BERILMU & MENCARI ILMU

ANTARANYA:

  •  Daripada Abu Darda’ r.a, bahawasanya belia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “sesiapa yg berjalan semata-mata ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menunutut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yg mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yg ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada di dalam air. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskn dinar(wang) tidak juga dirham, yg mereka tinggalkn hanyalah ilmu, dan barang siapa yg menuntut ilmu itu, maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagian yg paling banyak.”   (HR Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majjah, dan Ibnu Hibban)
Melalui hadis ini, dapat kita fahami bahawa, orang yg menuntut ilmu, yg mengajarkan ilmu dan yg permudahkan org lain utk menuntut ilmu,cth dengan wang dan sebagainya...insyallah akan memperoleh pahala dan fadhilah yg besar di sisi Allah....jika semuanya ikhlas kerana Allah....
  •  Daripada Abu Amamah a.r berkata: “Telah disebut di sisi Rasulullah SAW dua orang lelaki . pertama org abid (ahli ibadat) dan kedua org alim. Maka Rasulullua SAW bersabda: “Kelebihan orang alim atas  org yg abid seprti kelebihan ku atas yg paling rendah daripadamu”. (HR Riwayat at-Tirmizi)
Berdasarkan hadis di atas dpt kita ketahui kelebihan org alim jika dibandingkn dgn seorg yg kuat beribadah tp kurang ilmunya...


  •   Daripada Anas r.a berkata : sabda Rasulullah SAW: “barang siapa keluar mencari ilmu, maka ia sebenarnya berjihad di jln Allah sehingga dia kembali”.... 
 
Perjuangan kita dalam menuntut ilmu sama seperti berjuang di medan perang...tinggi sekali kelebihan org yg menuntut ilmu....
 
 Maka ayuh kita bersungguh-sungguh dlm perjuangn ini...agar kita juga memperolah kelebihan2 yg disebutkan dalam hadis2 ini...Insyallah....




Tuesday, May 28, 2013

KENAPA ORANG BERILMU MASIH MELAKUKAN MAKSIAT???


Memang ada perbezaan antara org berilmu dengan orang tidak berilmu…kerana dengan adanya ilmu, kita dapat mengetahui kebenaran dan melaksanakannya dalam kehidupan kita…TETAPI mengapa orang berilmu masih melakukan maksiat sedangkan  mereka tahu kebenaran…..??

*menunutut ilmu dengan tanpa ada rasa taku pada Allah…dan tujuan utama menuntut ilmu hanya untuk mencapai kepentingan duniawi seperti kerja dan menjadi kaya…..maka kita sebagai penuntut ilmu perlu tashih niat kita dengan rasa penuh rendah diri pada Allah dan takut padaNya…

Rasulullah SAW pernah bersabda:”barang siapa mempelajari suatu ilmu, yang dengan ilmu itu semestinya dia mencari wajah Allah, dia tidak mempelajarinya melainkan untuk untuk mendapatkan kekayaan dunia, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada hari kiamat.” (HR Abu Daud).

*tidak menunjukkan kesungguhan dan rasa cepat jemu dalam menuntut ilmu…maksudnya tidak muraja’ah semula ilmu yang dipelajari…apatah lagi untuk mengamalkannya…ilmu adalah suatu yang sangat berharga dalam hidup kita, jika kita tidak menyambutnya dengan rasa cinta dan sayang padanya ia tidak akan datang pada kita @ia tidak akan bermanfaat untuk kita..maka berlakulah orang berilmu tapi melakukan maksiat…




 *tidak serupa apa yang diungkapkan dengan perbuatan kita…Allah sangat murka orang yang pandai berkata-kata tetapi tidak mengamalkannya..atau dia menasihati orang tetapi diri sendiri tidak berubah…

Allah ta’ala berfirman:”Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kam mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” (Surah As-shaff: 2-3).

KESAN TIDAK BERILMU..(ILMU AGAMA)....



Kita semua sedia maklum, ILMU sangat penting dalam hidup kita untuk kita mencari bekalan dunia akhirat…ini bermaksud kepentingan dunia- mendapat kerjaya yang baik..manakala kepentingan akhirat-untuk mencari keredhaan ALLAH dan untuk mengamalkan perintah dan meninggalkan laranganNya…ia memerlukan ILMU…




TETAPI APE KESANNYA JIKA KITA TDAK BERILMU???

Kejahillan dan maksiat akan berleluasa….seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, penzinaan, minum arak, berjudi dan macam2 lagi…boleh dikatakan amalan masyarakat jahiliah sebelum kedatangan Islam akan kembali semula…

Kesan dari tidak berilmu, manusia TIDAK ADA RASA TAKUT PADA AZAB ALLAH…sanggup untuk melakukan apa shaja demi mencapai kepuasan hidup..tanpa memikirkan batas agama dan syariat….

Lantaran itu, masyarakat akan hidup dalam suasana huru-hara  dengan urusan agama diketepikan dan hukuman dijalankan mengikut mengikut undang-undang ciptaan sendiri….dan akhirnya berlaku kezaliman, peperangan…..dunia akan tidak aman lagi…na’zubillah…..



Kesan tidak berilmu dari skop yg kecil…

Kehidupan akan jadi terumbang ambing kerana peluang untuk  mendapatkan kerja yang baik terlalu tipis..
Akhirnya adanya yang terpaksa bekerja diperingkat bawahan untuk menyara kehidupan…
Apabila susah untuk mendapatkan pekerjaan, maka berlaku masalah kemiskinan dan kehidupan tidak menentu....
Orang yang tidak berilmu akan dipandang rendah oleh masyarakat…dn menganggap kehadiran mereka tidak penting….
Maka, di sini dapat kita fahami bahawa ILMU AGAMA  penting untuk urusan dunia dan akhirat…kerana di dunia tempat untuk kita beramal sebagai bekalan untuk hari akhirat kelak…tetapi tanpa ada ilmu….bagaimana kita hendak beramal dengan sempurna?????




Saturday, May 25, 2013

ADAB MENUNTUT ILMU DALAM ISLAM


Bagaimana reaksi kita apabila menerima sesuatu yang sangat berharga bagi kita dari seseorang?? Tentunya kita menerima dengan hati yang sangat gembira, menerima dengan sopan santun, mengucapkan terima kasih dan akan menjaga hadiah tersebut dengan sebaiknya…

Maka begitu jua la apabila kita berhadapan dengan ilmu…apabila kita menuntut ilmu…
Ramai para alim ulamak termasyur dengan tahap keilmuannya yang tinggi ia adalah kerana mereka amat menjaga adab2 menuntut ilmu..amat menyintai ilmu


Antara adab2 yang perlu kita ambil perhatian ialah…

1)    Sudah tentunya betulkan NIAT HANYA KERANA ALLAH…menuntut ilmu bukan kerana keduniaan seperti pekerjaan, pangkat @ untuk berbangga diri…

2)   Bersihkan diri- bermiswak, berwuduk sebelum memulakan pembelajaran @sebelum memasuki majlis ilmu..

3)   Mulakan dengan berdoa kepada  Allah agar dimudahkan utk menuntut ilmu dn diberi kefahaman yg baik..mulakan dengan basmalah…

4)   Bersungguh-sungguh dan menunjukan rase CINTA kepada ilmu yg dipelajari.

5)   Amalkan sifat sabar dan hormati guru dn tidak melakukan sesuatu yg boleh menimbulkan kemarahan @menyinggung perasaan nya..
 Keberkatan ilmu juga terletak pada cara kita berhadapan dengan guru kita…

6)   Bukan hormat pada guru semata, malah juga kepada buku2…tidak boleh memijak, melangkah, duduk di atasnya, mengoyak, @ meletakkannya di merata tempat..tanpa mengendahkan keselamatan buku pelajaran…

7)   Perlu bertanya jika ada pelajaran  yang tidak faham atau kurang jelas..kerana malu bertanya boleh sesat jalan…

8)   Dan akhir sekali…perlu beramal dengan ilmu yang kita miliki…dan menyampaikan pada orang lain….

Insyallah dengan menjaga adab2 menuntut ilmu, kita semua dimudahan dalam memahami, mengingati dan beramal dengan ilmu tersebut…...AMIN YA RABB…