Wednesday, March 20, 2013

ILMU ITU CAHAYA




 "العِلْمُ نُورٌ، وَنُورُ اللهِ لاَ يَهْدِي لِلْعَاصِي"

Ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya itu tidak akan menyimbah di hati orang-orang yang melakukan maksiat .
-IMAM SYAFIE-

Daripada kata-kata Imam Syafie ini, dapatlah kita fahami, kita sebagai penuntut ilmu, kita mestilah menjauhi diri daripada perbuatan maksiat yang boleh menjadi penghalang dalam kita menuntut ilmu kerana hati yang dicemari dengan dosa tidak akan dapat menyimpan ilmu yang bermanfaat.
Kita tahu, masa itu emas, maka berusahalah jauhi daripada membuang masa dengan melakukan perkara yang sia-sia kerana masa itu sangat-sangat berharga kepada seorang pelajar. Pepatah Arab mengatakan waktu itu seperti pedang, jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita.
Kita juga digalakkan untuk sentiasa mengingati mati kerana dengan mengingati mati,dapat menyibukkan diri melakukan perkara yang bermanfaat agar  ia menjadi bekalan kita untuk hari akhirat…

mari kita dengar nasyid oleh Hijjaz..dn same2 kita ambil pengajaran daripadanya.....
http://www.youtube.com/watch?v=srv5_a5ewA4 

 


























No comments:

Post a Comment