Friday, April 19, 2013

PENTINGNYA MENCARI ILMU...



Ilmu adalah suatu yang sangat penting dalam kehidupan setiap individu. Kemajuan sesebuah negara dan bangsa bergantung kepada ilmu pengetahuan yang ada pada masyarakat tersebut. Dengan adanya ilmu, kita dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk, dan yang paling penting dengan adanya ilmu kita dapat melakukan amalan yang mendatangkan keredhaan Allah SWT dengan lebih sempurna dan menjauhi perkara-perkara yang boleh mengundang kemurkaan-Nya. 

Islam amat mementingkan dan memartabatkan ilmu. Perkara ini telah dibuktikan dengan pelbagai ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW. Perkara pertama yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW, iaitu wahyu pertama yang diturunkan kepada baginda ialah iqra’. Iqra’ iaitu baca, ia juga adalah sebahagian daripada ilmu. Firman Allah SWT :
 قال الله تعالى:  ((اقرأ بسم ربك الذي خلق)):



Antara hadis yang biasa kita dengar mengenai ilmu  ialah:
 قال رسول الله (ص): ((طلب العلم فريضة على كل مسلم))   :
Hadis ini bermaksud, menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap umat Islam.

Berdasarkan ayat al-Quran dan hadis ini, dapat fahami bahawa, menunut ilmu adalah wajib hukumnya ke atas setiap orang muslim sama ada lelaki atau perempuan.
Tambahan pula, setiap amalan dan pekerjaan yang kita lakukan perlukan kepada ilmu untuk dapat hasil yang sempurna dan baik. Bagaimana kita hendak solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji, bernikah, jual beli dan sebagainya kalau tiada ilmu mengenainya? Sekurang-kurangnya, ilmu asas fardu ain mesti ada pada setiap individu yang bergelar muslim. Ini bermaksud,beramal tanpa ilmu, amalan itu dianggap rosak, seperti kata  syeikh Ibnu Ruslan,
وكل من غير علم يعلم أعماله مردودة لا تقبل:
Maksudnya: sesiapa yang beramal tanpa ilmu tentangnya, amalannya rosak dan tidak diterima.

anda boleh klik pada link ini untuk mendengar lagu bertajuk ILMU....oleh HIJAZZ...dan menghayati liriknya....selamat mendengar....

Akhir kata, menuntut ilmu adalah wajib kepada lelaki dan permpuan, dan penting juga untuk memastikan ilmu yang dituntut itu adalah yang bermanfaat. Setelah menuntut ilmu, perlu beramal dengannya serta menyampaikan kepada orang lain.